Tabung Khairat Kematian

Objektif – Memberi bantuan wang kepada keluarga jika ahli meninggal dunia.

Keahlian Tabung Khairat Kematian (TKK)
   – 
Keahlian dibuka kepada semua ahli NUTP dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh menjadi ahli NUTP dengan bayaran RM10.00 (sekali sahaja).
   – Kemudahan TKK dengan sendirinya terhenti sekiranya ahli berkenaan berhenti dari keahlian NUTP atau bertunggakan yuran melebihi 4 bulan.

Pengurusan – Diuruskan oleh Majlis Kebangsaan (EXCO). Pentadbirannya oleh Setiausaha Agung dan Kewangan oleh Bendahari Agung. Sebarang perubahan / pindaan dalam pengurusan TKK adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan.

Agihan Tabung – TKK ini berfungsi dengan “Capital Fund” dan pembayaran akan dibuat atas formula berikut:    

Kadar Pembayaran Tabung Khairat Kematian

Tempoh keahlian BerterusanAmaun Maksimum Yang Layak
6 bulan hingga 1 tahun RM300
Lebih 1 tahun hingga 5 tahun RM1,500
Lebih 5 tahun hingga 10 tahun RM2,000
Lebih 10 tahun hingga 15 tahun RM2,500
Lebih 15 tahun hingga 20 tahun RM3,000
Lebih 20 tahun dan ke Atas RM3,500
Scroll to Top