Untuk makluman semua Ahli NUTP yang mencarum Kad Kesihatan Etiqa NUTP Health Care, mulai 1 Januari pemegang kad Perubatan Takaful NUTP Health Care telah ditukarkan kepada Prudential BSN Takaful Bhd serta merta tanpa sebarang gangguan perlindungan.
Nota Penting : Untuk kemasukan ke hospital swasta bermula 1 Januari 2024, anda boleh menunjukkan Kad Pengenalan anda dan maklumkan pelan perubatan di bawah Mediexpress NUTP semasa pendaftaran. Kad perubatan baharu akan diedarkan secara berperingkat.





